PEJABAT DAERAH DAN TANAH BERA Pejabat Daerah Dan Tanah Bera

Pejabat Daerah Dan Tanah Bera

Tuesday 9 September 2014

Program Sambutan Kemerdekaan ke- 57

Johan Perbarisan Merdeka
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke – 57 Tahun 2014 Peringkat Daerah Bera yang telah di adakan di Padang Awam Felda Sebertak. Seramai 29 pasukan telah menyertai pebarisan . Anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah di sambut meriah dengan bertemakan ‘’Malaysia… Di sini Lahirnya sebuah Cinta”.
Turut memeriahkan lagi majlis tersebut dengan kehadiran Pegawai Daerah Bera, Tuan Haji Shamsuddin Sah bin Mohd Said, ADUN Kemayan, Yang Berhormat Encik Mohd Fadhil Bin Osman, Ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai lain.
Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah menjadi Johon bagi Kategori Awam dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Bera bagi kategori beruniform. Masing-masing membawa wang sebanyak RM 700.00 dan sijil penyertaan.
Antara aktiviti yang diadakan dalam bulan kemerdekaan adalah Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Konvoi Merdeka Anak Muda, Program 10 000 langkah Merdeka, Kejohanan Bola Sepak dan lain-lain.

Kiri kanan kiri

Wajah kegembiraan kontinjen-kontinjen perbarisan

Tahniah!!

Moh kita jalan kaki 10000 langkah!


1..2..3..mula


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 26 August 2014

Program Mini Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Seramai 11 kumpulan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Pahang menyertai pertandingan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang telah di adakan di Dewan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Program ini telah di anjurkan oleh Unit Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Turut hadir dalam program tersebut adalah Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Program dimulakan dengan persembahan kumpulan. Selepas itu, ucapan dari Ketua Panel Hakim dan ucapan Perasmian Penutup oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Bagi penyampaian Anugerah KIK dan Sijil telah dimenangi oleh Kumpulan Olive dari Pejabat Daerah dan Tanah Bera. Membawa pulang trofi dan wang bernilai RM3000. Naib Johan dan tempat ketiga pula di berikan kepada kumpulan Dakar dan DICT dimana masing-masing dari unit Sumber Manusia dan Unit Teknologi Maklumat, Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Pahang dengan membawa trofi dan wang RM2000 bagi tempat kedua dan RM1000 bagi tempat ke tiga.

Johan Program Mini Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Kumpulan OLIVE dari Pejabat Daerah dan Tanah Bera. Tahniah!



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 24 July 2014

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab D'LORA

Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah mengadakan satu Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Pertubuhan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah Bera (D'LORA) Pahang pada 21 julai 2014n (Isnin). Seramai lima puluh satu (51) orang telah menghadiri mesyuarat tersebut yang telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bera. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Bera, Tuan Haji Shamsudin Sah bin Mohd Said. Turut hadir juga pegawai-pegawai kanan pejabat tersebut.



Pegawai Daerah Bera, Tuan Haji Shamsudin Sah bin Mohd Said
Cenderahati kepada Pegawai
Antara pegawai dan kakitangan yang hadir

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Majlis Berbuka Puasa JKKK Bersama Pegawai Daerah Bera

Pada 08 Julai 2014 (Selasa) satu majlis berbuka puasa JKKK bersama Pegawai Daerah Bera telah diadakan di Anjung Seri Bera. Seramai 50 orang hadir dalam majlis tersebut yang terdiri daripada pelbagai agensi. Majlis dimeriahkan lagi dengan Majlis Penyerahan Kampung Angkat serta Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Daerah Bera. Majlis telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Bera iaitu YH.Tuan Haji Shamsudin Sah bin Mohd Said.


Penyampaian replika cheque kepada pemenang 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Aisyah Kasidin