PEJABAT DAERAH DAN TANAH BERA Pejabat Daerah Dan Tanah Bera: August 2014

Tuesday 26 August 2014

Program Mini Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Seramai 11 kumpulan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Pahang menyertai pertandingan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang telah di adakan di Dewan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Program ini telah di anjurkan oleh Unit Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Turut hadir dalam program tersebut adalah Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Program dimulakan dengan persembahan kumpulan. Selepas itu, ucapan dari Ketua Panel Hakim dan ucapan Perasmian Penutup oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Bagi penyampaian Anugerah KIK dan Sijil telah dimenangi oleh Kumpulan Olive dari Pejabat Daerah dan Tanah Bera. Membawa pulang trofi dan wang bernilai RM3000. Naib Johan dan tempat ketiga pula di berikan kepada kumpulan Dakar dan DICT dimana masing-masing dari unit Sumber Manusia dan Unit Teknologi Maklumat, Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Pahang dengan membawa trofi dan wang RM2000 bagi tempat kedua dan RM1000 bagi tempat ke tiga.

Johan Program Mini Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Kumpulan OLIVE dari Pejabat Daerah dan Tanah Bera. Tahniah!



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Aisyah Kasidin